OnePlus Sekali Lagi Didapati Mengelat Ujian Penanda Aras Pada OnePlus 5

OnePlus Sekali Lagi Didapati Mengelat Ujian Penanda Aras Pada OnePlus 5

Diterbitkan pada June 21, 2017 oleh .

Peranti pembunuh peranti utama dari OnePlus dilancarkan pagi ini dengan spesifkasi yang amat baik. OnePlus 5 hadir dengan pemproses Snapdragon 835 dan memori sehingga 8 GB RAM. Beberapa ulasan awal telahpun dimuatnaik oleh laman antarabangsa dan begitu juga dengan markah penanda aras peranti ini.

Laman XDA Developer hari ini mendedahkan sekali lagi OnePlus didapati mengelat untuk mencatatkan markah ujian yang tinggi pada beberapa penanda aras popular. Mereka mendapati OnePlus 5 akan berfungsi pada kelajuan lebih tinggi dari biasa apabila mengesan aplikasi seperti Antutu, Geekbench 4, Vellamo dan GFXBench dilancarkan. Akibatnya markah yang dicatatkan lebih tinggi dari sepatutnya. Sebelum ini OnePlus 3T juga didapati menggunakan teknik yang sama oleh XDA untuk mencatatkan markah penanda aras yang tinggi.


TIPS & ULASAN