Kotak Permainan Call Of Duty Modern Warfare Remastered Tertiris

Diterbitkan pada Jun 21, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tahun lalu COD Modern Warfare Remastered dipakejkan bersama Call of Duty Infinite Warfare Digital Deluxe Edition. Tindakan Activision untuk tidak menjual permainan klasik popular ini secara berasingan menimbulkan kemarahan peminat yang merasakan ini adalah taktik kotor memaksa mereka membeli edisi permainan yang lebih mahal.

Ura-ura penjualan Modern Warfare Remastered secara berasingan telah lama kami dengari. Tetapi hari ini gambar kotak permainan ini dalam versi PlayStation 4 telah akhirnya tertiris. Ia dipercayai akan dijual bermula 27 Jun hadapan. Harga jualannya lebih murah berbanding permainan baru untuk PlayStation 4 iaitu sekitar $40 (~RM 171).

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami