Cari @ Amanz

Sekiranya anda peminat peranti pintar mewah dengan kemasan eksotik, Vertu ialah jenama yang perlu dimiliki. Sejak 2002 mereka telah menghasilkan telefon mudah alih yang tidak mampu milik dan dihasilkan sepenuhnya dengan tangan tanpa bantuan mesin. Sungguhpun dijual pada harga melampau, kelemahan utama Vertu peranti keluaran mereka tidak pernah mempunyai spesifikasi yang terbaik di pasaran.

Vertu semalam menandatangani perjanjian bernilai $40 Juta (~RM 171 Juta) bersama TCL Communication. Pihak TCL yang turut mengeluarkan peranti Blackberry akan berkongsi kepakaran mereka menghasilkan peranti bersama Vertu. Mungkin selepas ini akhirnya Vertu akan menghasilkan peranti Android dengan spesifikasi tinggi yang setanding dengan harga jualannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd