Netflix Melancarkan Kandungan Interaktif Untuk Kanak-Kanak Dengan Puss In Book

Diterbitkan pada Jun 21, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Menonton televisyen dan YouTube dikatakan mendatangkan kesan negatif kepada perkembangan minda kanak-kanak. Pakar menyarankan tempoh penggunaan peranti pintar bagi kanak-kanak dihadkan hanya kepada beberapa jam sahaja sehari. Kandungan pasif seperti siri kartun membuatkan kanak-kanak menjadi kurang aktif.

Oleh itu Netflix melancarkan kandungan interaktif pertama mereka hari ini dengan Puss In Book : Trapped In An Epic Tale. Siri animasi ini memerlukan penonton berinteraksi dengan cerita pada skrin. Mereka boleh memilih apakah yang akan dilakukan oleh Puss in Boot pada waktu-waktu tertentu bagi mendapatkan jalan cerita yang bercabang.

Puss in Book ialah rancangan interaktif pertama yang akan disusuli oleh Buddy Thunderstruck: The Maybe Pile dan Stretch Armstrong: The Breakout di masa hadapan.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami