FAM Akan Menggunakan Sistem Pembantu Pengadil Video (VAR) Pada Tahun 2019

FAM Akan Menggunakan Sistem Pembantu Pengadil Video (VAR) Pada Tahun 2019

Diterbitkan pada June 21, 2017 oleh .

Sistem pembantu pengadil video (video assistant referee) atau VAR akan diperkenalkan pada temasya Piala Dunia 2018. Ia kini diuji di dalam temasya Piala Konfederasi. Melalui sistem VAR, pengadil akan menggunakan bukti video untuk memberikan keputusan berkaitan pemberian kad, kekasaran dan mengenalpasti identiti pemain.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan sistem VAR akan diperkenalkan dalam permainan liga Malaysia pada tahun 2019. Ini diumumkan oleh pengerusi jawatankuasa pengadil FAM Subkhiddin Mohd Salleh. Pihak FAM akan melakukan kajian lebih menyeluruh sebelum mengikuti langkah Bundseliga yang akan menggunakan sistem ini pada musim 2017-2018 mendatang.


TIPS & ULASAN