Lenovo sebelum ini telah mempertontonkan telefon pintar dengan skrin fleksibel yang mana turut boleh dipakai pada pergelangan tangan untuk mengubahnya menjadi sebuah jam tangan. Kini, selain skrin fleksibel pada telefon pintar, Lenovo turut memperlihatkan konsep komputer riba dengan skrin fleksibel.
Melalui apa yang dipertontonkan, ia memberikan lebih banyak ruang paparan kepada pengguna, dan mungkin sesuai bagi mereka yang melakukan input secara lakaran dan sebagainya.
Apa pun, buat masa ini, ia sekadar gambaran daripada Lenovo sahaja, dan tiada sebarang produk seumpamanya yang sedang dibangunkan. Lenovo sendiri melabelkan ia seperti menggunakan bahan yang lebih sukar, selain teknologi skrin baru untuk menjayakannya.
Bagi anda sendiri, adakah anda akan berminat dengan komputer riba seumpama ini?
A foldable PC? Maybe someday. Just a concept for now. #LenovoTransform pic.twitter.com/UIq1qpaSwj
— Lenovo (@Lenovo) June 20, 2017