Cari @ Amanz

WhatsApp pada minggu ini telah membuat beberapa perubahan terhadap sokongan aplikasi mereka untuk beberapa platform mudah-alih – termasuk melanjutkan sokongan untuk BlackBerry sehingga penghujung 2017 ini.

Hari ini, mereka turut berkongsi lanjut berkenaan tarikh sokongan untuk platform-platform lain, termasuk untuk peranti Android lama.

Menurut WhatsApp, mereka akan menyokong:

  • Nokia Symbian S60 sehingga 30 Jun 2017
  • Windows Phone 8 sehingga 31 Disember 2017
  • BlackBerry OS dan BlackBerrry 10 sehingga 31 Disember 2017.
  • Nokia S40 sehingga 31 Disember 2018
  • Android 2.3.7 sehingga 1 Februari 2020

Jadi, bagi anda yang menggunakan peranti-peranti dengan platform berkenaan, mungkin boleh bersedia untuk berpindah ke platform baru atau yang lebih terkini. Seperti biasa, beberapa ciri-ciri baru mungkin tidak terdapat pada WhatsApp versi terkini yang mungkin memerlukan beberapa kuasa pemprosesan tambahan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd