Telefon Terbaik Raya 2017 Mengikut Setiap Bajet Anda

Telefon Terbaik Raya 2017 Mengikut Setiap Bajet Anda

Diterbitkan pada June 22, 2017 oleh .

Di musim perayaan ini pastinya ada yang sedang mencari telefon pintar baru, dan kami ingin membantu anda untuk membuat pilihan peranti terbaik yang anda boleh miliki pada bajet tertentu. Kami telah menyenaraikan beberapa peranti yang berbaloi dimiliki pada harganya, yang mana dinilai berdasarkan peranti yang mampu memberikan pengalaman penggunaan terbaik.

Kami turut menyenaraikan harga mengikut dua set berbeza iaitu set rasmi untuk set dengan waranti yang boleh ditebus di seluruh cawangan pengeluar telefon tersebut dan imported set untuk set dengan waranti daripada kedai.

Kriteria Pemilihan

  • Keseimbangan fungsi, kamera, bateri, dan prestasi.
  • Mempunyai sambungan 4G LTE.
  • Mempunyai memori minimum 2GB RAM.
  • Telefon yang dipilih berdasarkan keluaran suku ke-empat 2016 dan terkini.
  • Jenama yang sedia bertapak di Malaysia.
  • Mudah diperolehi di laman-laman jualan utama Malaysia seperti Lelong, Lazada, Shopee, 11street.

Bawah RM500

Pilihan Editor – Xiaomi Redmi 4A

Antara peranti terbaik yang anda miliki di bawah RM500 ialah Xiaomi Redmi 4A yang memberikan penawaran spesifikasi paling berbaloi untuk harganya. Ia menawarkan keupayaan skrin HD, memori 2GB RAM, kamera utama 13MP, dan bateri 3120 mAh untuk penggunaan sepanjang hari.

Xiaomi Redmi 4A – 5.0” 720p IPS LCD, Snapdragon 425, memori 2GB RAM, storan 16GB + microSD, kamera utama 13MP f/2.2, kamera hadapan 5MP f/2.2, dan bateri 3120 mAh.
Harga: RM439 (Imported set)


RM500-RM1000

Pilihan Editor – Xiaomi Redmi Note 4

Di bawah RM1,000, Xiaomi Redmi Note 4 cukup berkuasa untuk spesifikasinya yang mana menampilkan peranti kelas pertengahan pada harga separuh daripada harga peranti sekelasnya. Ia membawa penambahbaikan daripada Redmi Note 3 sebelum ini, seperti keupayaan kamera yang lebih mesra low-light, cip pemprosesan berasaskan 14nm yang lebih efisien, dan kebolehan double tap to wake.

Xiaomi Redmi Note 4 – 5.5” 1080p IPS LCD, Snapdragon 625, memori 3GB RAM, storan 32GB + microSD, kamera utama 13MP f/2.0, kamera hadapan 5MP f/2.0, dan bateri 4100 mAh.
Harga: RM799 (Xiaomi Malaysia), RM629 (Imported set)

Sekiranya anda ingin mendapatkan fungsi penggambaran dengan bokeh, anda boleh mendapatkan ZTE Blade V8 yang mana menampilkan dwi-kamera 13MP + 2MP. Jika anda meminati rekaan dan binaan Nokia, Nokia 6 memberikan kemasan peranti elegan disamping menawarkan kemaskini Android berterusan sekitar 2 tahun. Sekiranya anda sedang mencari peranti Vivo, Vivo Y55s menawarkan pengalaman penggunaan yang baik untuk harian disamping menawarkan rekaan seumpama siri Vivo V5.

ZTE Blade V8 – 5.2” 1080p IPS LCD, Snapdragon 435, memori 3GB RAM, storan 32GB + microSD, dwi-kamera 13MP + 2MP, kamera hadapan 13MP, dan bateri 2730 mAh.
Harga: RM999 (ZTE Malaysia)

Nokia 6 – 5.5” 720p IPS LCD, Snapdragon 430, memori 3GB RAM, storan 32GB + microSD, kamera utama 16MP f/2.0, kamera hadapan 8MP f/2.0, dan bateri 3000 mAh.
Harga: RM999* (HMD Global Malaysia)
*Bakal mula dijual pada penghujung bulan ini.

Vivo Y55s – 5.2” 720p IPS LCD, Snapdragon 425, memori 2GB RAM, storan 16GB + microSD, kamera utama 13MP f/2.2, kamera hadapan 5MP f/2.2, dan bateri 2730 mAh.
Harga: RM799 (Vivo Malaysia)


RM1000-RM1500

Pilihan Editor – Honor 6X

Untuk peranti di bawah RM1,500, Honor 6X amat disyorkan atas penawaran dwi-kamera, prestasi harian yang baik, dan ketahanan bateri sepanjang hari. Dengan keupayaan dwi-kamera, ia mampu menghasilkan gambar dengan kesan bokeh seolah-olah diambil daripada kamera DLSR.

Honor 6X – 5.5” 1080p LTPS LCD, HiSilicon Kirin 655, pilihan memori 3GB/4GB RAM, storan 32GB/64GB + microSD, dwi-kamera 12MP + 2MP, kamera hadapan 8MP, dan bateri 3340 mAh.
Harga: 32GB – RM1,199, 64GB – RM1,399 (Honor Malaysia)

Antara peranti lain yang anda boleh dapati dalam segmen ini ialah Huawei P10 Lite yang memberikan rekaan peranti yang menawan bersama keupayaan kamera utama yang terang untuk siang dan malam. Oppo A77 pula menawarkan peranti kelas pertengahan dengan skrin 5.5-inci 1080p, memori 4GB RAM, dan kamera hadapan 16MP f/2.0. Tetapi sekiranya anda menyukai fungsi selfie, Vivo V5s memberikan keupayaan kamera hadapan 20MP dengan teknologi soft light bagi meningkatkan kualiti selfie untuk harian.

P10 Lite – 5.2” 1080p LTPS IPS LCD, HiSilicon Kirin 658, memori 4GB RAM, storan 32GB + microSD, kamera utama 12MP, kamera hadapan 8MP, dan bateri 3000 mAh.
Harga: RM1,299 (Huawei Malaysia)

Oppo A77 – 5.5” 1080p IPS LCD, Mediatek MT6750T, memori 4GB RAM, storan 64GB + microSD, kamera utama 13MP f/2.2, kamera hadapan 16MP f/2.0, dan bateri 3200 mAh.
Harga: RM1,398 (OPPO Malaysia)

Vivo V5s – 5.5” 1080p IPS LCD, Mediatek MT6750, memori 4GB RAM, storan 64GB + microSD, kamera utama 13MP f/2.2, kamera hadapan 20MP f/2.0, dan bateri 3000 mAh.
Harga: RM1,299 (Vivo Malaysia)


RM1500-RM2000

Pilihan Editor – OnePlus 3T

Kami telah memilih OnePlus 3T sebagai peranti terbaik dalam segmen harga ini atas penawaran spesifikasi yang tinggi dan penawaran antaramuka yang hampir menyerupai stock Android. Ia telah membawa peningkatan berbanding OnePlus 3 seperti ketahanan bateri yang lebih lama dan kamera hadapan 16MP f/2.0 untuk keupayaan selfie yang lebih baik.

OnePlus 3T – 5.5” 1080p AMOLED, Snapdragon 821, memori 6GB RAM, pilihan storan 64GB/128GB, kamera utama 16MP (f/2.0, OIS), kamera hadapan 16MP f/2.0, dan bateri 3400 mAh.
Harga: 64GB – RM1,949 (Imported set)

Antara peranti terbaik yang anda boleh dapati pada harga sekitar ini ialah Samsung Galaxy A7 (2017) yang membawakan skrin Super AMOLED pada saiz 5.7-inci, kamera 16MP f/1.9, sokongan kalis air, Samsung Pay, dan ketahanan bateri yang lama. Sekiranya anda menyukai saiz skrin yang lebih kecil, Galaxy A5 (2017) memberikan penawaran yang serupa seperti Galaxy A7 (2017) pada saiz skrin 5.2-inci.

Samsung Galaxy A7 (2017) – 5.7” 1080p Super AMOLED, Exynos 7880, memori 3GB RAM, storan 32GB + microSD, kamera utama 16MP (f/1.9, 27mm), kamera hadapan 16MP f/1.9, dan bateri 3600 mAh.
Harga: RM1,899 (Samsung Malaysia Electronics)

Samsung Galaxy A5 (2017) – 5.2” 1080p Super AMOLED, Exynos 7880, memori 3GB RAM, storan 32GB + microSD, kamera utama 16MP (f/1.9, 27mm), kamera hadapan 16MP f/1.9, dan bateri 3000 mAh.
Harga: RM1,699 (Samsung Malaysia Electronics)

Anda juga boleh mendapatkan Oppo R9S pada segmen ini menerusi penawaran kamera utama 16MP f/1.7, skrin 5.5-inci AMOLED, dan keupayaan selfie yang baik melalui kamera hadapan 16MP f/2.0. Sekiranya anda inginkan fungsi penggambaran selfie dengan kesan bokeh, Vivo V5 Plus memberikan keupayaan bokeh selfie yang sangat baik seperti diambil menggunakan kamera utama dengan fungsi dwi-kamera.

Oppo R9S – 5.5” 1080p AMOLED, Snapdragon 625, memori 4GB RAM, storan 64GB + microSD, kamera utama 16MP (f/1.7, OIS), kamera hadapan 16MP f/2.0, dan bateri 3010 mAh.
Harga: RM1,798 (OPPO Malaysia)

Vivo V5 Plus – 5.5” 1080p IPS LCD, Snapdragon 625, memori 4GB RAM, storan 64GB, kamera utama 16MP f/2.0, kamera hadapan 20MP + 8MP (f/2.0), dan bateri 3160 mAh.
Harga: RM1,799 (Vivo Malaysia)


RM2000-RM3000

Pilihan Editor – Xiaomi Mi 6

Untuk peranti pada harga sekitar RM2,000, kami telah memilih Xiaomi Mi 6 atas penawaran paling lengkap di dalam segmen ini. Walaupun masih belum ditawarkan secara rasmi, kebanyakan penjual besar di Malaysia telah menawarkan peranti ini melalui imported set. Ia menawarkan sebuah peranti dengan cip Snapdragon 835 pada harga paling rendah setakat ini, selain menawarkan keupayaan dwi-kamera dengan teknik penggambaran yang hampir sama seperti iPhone 7 Plus.

Xiaomi Mi 6 – 5.15” 1080p IPS LCD, Snapdragon 835, memori 6GB RAM, pilihan storan 64GB/128GB, dwi-kamera 12MP (f/1.8, 27mm, OIS & f/2.6, 52mm), kamera hadapan 8MP, splash resistant, Bluetooth 5.0, dan bateri 3350 mAh.
Harga: 64GB – ~RM2,099, 128GB – ~RM2399 (Imported set)

Antara peranti terbaik yang anda boleh miliki pada harga segmen ini ialah LG G6 iaitu flagship terkini daripada LG dengan penawaran skrin bezel nipis dan sokongan dwi-kamera untuk penggambaran bersudut lebar. Sekiranya anda gemarkan fungsi penggambaran monokrom atau penggambaran dengan kesan bokeh, Huawei P10 turut dijana dengan keupayaan dwi-kamera generasi kedua Leica melalui lensa Summarit. Sekiranya anda menyukai papan kekunci fizikal, BlackBerry KEYone mampu memenuhi keperluan anda sistem operasi Android terkini dan keupayaan kamera dengan sensor yang sama digunakan pada Google Pixel.

LG G6 – 5.7” 2K IPS LCD dengan HDR, Snapdragon 821, memori 4GB RAM, storan 64GB + microSD, dwi-kamera 13MP (f/1.8, OIS, PDAF & f/2.4, tiada AF), kamera hadapan 5MP f/2.2, pengesahan ketahanan IP68, dan bateri 3300 mAh.
Harga: RM2,599 (Rasmi)

Huawei P10 – 5.1” 1080 IPS-NEO LCD, HiSilicon Kirin 960, memori 4GB RAM, storan 64GB + microSD, dwi-kamera 20MP B/W + 12MP RGB (f/2.2, OIS, Leica Summarit), kamera hadapan 8MP f/1.9, splash resistant, dan bateri 3200 mAh.
Harga: RM2,499 (Huawei Malaysia)

BlackBerry KEYone – 4.5” 1080p IPS LCD, Snapdragon 625, memori 3GB RAM, storan 32GB + microSD, kamera utama 12MP f/2.0, kamera hadapan 8MP f/2.2, dan bateri 3505 mAh.
Harga: RM2,688 (Rasmi)


Di atas RM3000

Pilihan Editor – Galaxy S8/S8+ & iPhone 7/7 Plus

Untuk segmen peranti di atas RM3000, kami memilih dua telefon terbaik atas penawaran dua platform berbeza.

Untuk pengguna sedia ada atau yang ingin beralih ke Android, Galaxy S8/S8 Plus boleh dikatakan mempunyai penawaran terlengkap dan tercanggih di pasaran seperti kehadiran skrin dengan bezel nipis Infinity Display, cip pemprosesan terkini, keupayaan kamera terbaik, sokongan kalis air, Samsung Pay yang boleh digunakan di Malaysia, Bluetooth 5.0, dan Wireless Charging.

Galaxy S8 – 5.8″ 2K Super AMOLED, Exynos 8895, memori 4GB RAM, storan 64GB + microSD, kamera utama 12MP (f/1.7, 26mm, OIS), kamera hadapan 8MP f/1.7, pengesahan ketahanan IP67, Bluetooth 5.0, dan bateri 3000 mAh.
Harga: RM3,299 (Samsung Malaysia Electronics)

Galaxy S8+ – 6.2” 2K Super AMOLED, Exynos 8895, memori 4GB RAM, storan 64GB + microSD, kamera utama 12MP (f/1.7, 26mm, OIS), kamera hadapan 8MP f/1.7, pengesahan ketahanan IP68, Bluetooth 5.0, dan bateri 3500 mAh.
Harga: RM3,699 (Samsung Malaysia Electronics)

Untuk pengguna sedia ada atau yang ingin menggunakan platform iOS, iPhone 7 menawarkan prestasi tinggi dalam kelasnya, selain memberikan keupayaan kamera dengan OIS, sokongan kalis air, pembesar suara stereo, dan semestinya kemaskini berterusan melebihi 3 tahun. Sekiranya anda mempunyai bajet yang lebih tinggi, iPhone 7 Plus memberikan penawaran dwi-kamera untuk kebolehan seperti Portrait Mode, skrin 5.5″, memori 3GB RAM, dan keupayaan bateri yang lebih lama.

iPhone 7 – 4.7″ 720p IPS LCD, Apple A10 Fusion, memori 2GB RAM, pilihan storan 32GB/128GB/256GB, kamera utama 12MP (f/1.8, 28mm, OIS), kamera hadapan 7MP f/2.2, pengesahan ketahanan IP67, dan bateri 1960 mAh.
Harga: 32GB – RM3,199, 128GB – RM3,699, 256GB – RM4,199 (Rasmi)

iPhone 7 Plus – 5.5″ 1080p IPS LCD, Apple A10 Fusion, memori 3GB RAM, pilihan storan 32GB/128GB/256GB, dwi-kamera 12MP (f/1.8, 28mm, OIS & f/2.8, 56mm), kamera hadapan 7MP f/2.2, pengesahan ketahanan IP67, dan bateri 2900 mAh.
Harga: 32GB – RM3,799, 128GB – RM4,299, 256GB – RM4,799 (Rasmi)

Antara peranti lain yang anda boleh dapati dalam segmen ini ialah Sony, Xperia XZ Premium menawarkan sebuah peranti berprestasi tinggi, paparan 4K HDR, bersama keupayaan rakaman slow motion 960fps yang tercanggih di dalam sebuah peranti pintar. HTC juga membawakan prestasi tinggi seperti Xperia XZ Premium melalui cip Snapdragon 835 selain menawarkan keupayaan kamera yang mendapat markah tertinggi di DxOMark. Huawei P10 Plus juga memberikan nilai yang baik melalui sokongan dwi-kamera hasil kejuruteraan bersama Leica generasi kedua bersama memori setinggi 6GB RAM.

Sony Xperia XZ Premium – 5.46” 4K IPS LCD dengan HDR, Snapdragon 835, memori 4GB RAM, storan 64GB + microSD, kamera utama 19MP (f/2.0, 25mm, EIS), kamera hadapan 13MP f/2.0, pengesahan ketahanan IP68, Bluetooth 5.0, dan bateri 3230 mAh.
Harga: RM3,399 (Sony Malaysia)

HTC U11 – 5.5” 2K Super LCD 5, Snapdragon 835, memori 6GB RAM, storan 128GB + microSD, kamera utama 12MP (f/1.7, OIS), kamera hadapan 16MP f/2.0, pengesahan ketahanan IP67, dan bateri 3000 mAh.
Harga: RM3,099 (HTC Malaysia)

Huawei P10 Plus – 5.5” 2K IPS-NEO LCD, HiSilicon Kirin 960, memori 6GB RAM, storan 128GB + microSD, dwi-kamera 20MP B/W + 12MP RGB (f/1.8, OIS, Leica Summilux), kamera hadapan 8MP f/1.9 AF, splash resistant, dan bateri 3750 mAh.
Harga: RM3,099 (Huawei Malaysia)


Jadi itulah peranti terbaik untuk pertengahan 2017 ini mengikut kesesuaian bajet anda. Kesemua peranti yang disenaraikan di atas boleh didapati melalui pengedar-pengedar rasmi atau di laman-laman jualan utama Malaysia seperti Lelong, Lazada, Shopee, 11street.


TIPS & ULASAN