80 Peratus Perniagaan Malaysia Percaya Mereka Perlukan Transformasi Digital Untuk Berjaya

80 Peratus Perniagaan Malaysia Percaya Mereka Perlukan Transformasi Digital Untuk Berjaya

Diterbitkan pada June 21, 2017 oleh .

Dengan peningkatan kemajuan teknologi industri pembuatan dan perkilangan, 80 peratus daripada pengusaha-pengusaha perniagaan tempatan kini percaya bahawa mereka perlu menaiktarafkan sistem bisnes mereka ke arah digital supaya mereka tidak ketinggalan di dalam arus Revolusi Perindustrian ke-4 dimana sistem-sistem IoT dan automasi digunakan untuk meningkatkan produktiviti perniagaan mereka.

Sebanyak 1494 pemilik bisnes di sekitar Asia ditemubual, dan 113 daripadanya datang dari Malaysia. Laporan ini adalah salah satu daripada penemuan yang didapati daripada laporan Kajian Transformasi Digital Asia oleh Microsoft, dan walaupun nombor ini agak memberangsangkan, sayang sekali hanya 34 peratus daripada syarikat-syarikat tersebut mempunyai pelan untuk mengubah syarikat mereka kepada sebuah perniagaan digital, dan hanya 47 peratus daripada syarikat-syarikat tersebut dilihat sedang melaksanakan inisiatif transformasi digital tersebut.

Kajian ini adalah sebuah usaha-sama oleh pihak Microsoft bersama-sama dengan pihak Malaysian DIgital Economy Corporation (MDEC), dan mereka mendapati walaupun ianya satu perkara yang bagus bahawa banyak syarikat-syarikat ini sedar akan kepentingan menaik-tarafkan perniagaan mereka untuk menyokong sistem digital, banyak diantara mereka tidak tahu bagaimana, dan tidak mempunyai kepakaran untuk melakukannya.

Dari segi perkaitan pula, 75 peratus daripada pemilik-pemilik syarikat tempatan yang ditemubual berkata bahawa kecerdasan buatan adalah teknologi terbaru yang paling relevan buat mereka, manakala 57 peratus daripada mereka berkata bahawa teknologi boleh-pakai adalah yang paling tidak relevan untuk mereka.

Baca laporan Kajian Transformasi Digital Asia oleh Microsoft


TIPS & ULASAN