AMP Browser – Pelayar Web Desktop Dengan Sokongan Pelayaran AMP

AMP Browser – Pelayar Web Desktop Dengan Sokongan Pelayaran AMP

Diterbitkan pada June 22, 2017 oleh .

Google sebelum ini telah memperkenalkan piawaian sumber terbuka AMP yang memfokuskan kepada kebolehan membuka sesuatu laman web dengan lebih pantas pada peranti mudah-alih. Perkara ini diintegrasikan oleh Google terus pada enjin carian mereka, malah turut disokong oleh beberapa pihak seperti Twitter dan sebagainya.

AMP Browser

Walaubagaimanapun, mungkin ada antara pengguna yang turut ingin menggunakan kelebihan AMP pada pelayaran web di desktop – sekaligus menjimatkan penggunaan data internet, mengurangkan masa untuk membuka sesuatu laman web, malah menghalang beberapa script yang tidak berguna.

Untuk tujuan berkenaan, kini sebuah projek sumber terbuka yang hadir adalah pelayar web desktop AMP Browser. Ia menggunakan enjin Chromium dan ditawarkan untuk pengguna Windows sahaja buat masa ini. Melalui pelayar web ini, ia menawarkan ciri-ciri dan sokongan seumpama Google Chrome, tetapi dengan integrasi kebolehan melayari web-web dengan sokongan AMP.

Bagi anda yang ingin mencubanya, boleh memuat-turun pelayar web AMP Browser ini hari ini dan mencubanya di komputer Windows anda. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi sama ada Google akan mengintegrasikan ciri pelayaran AMP pada Google Chrome di desktop atau tidak. Sementara itu, mungkin anda boleh mencuba pelayar web alternatif ini.

Muat-Turun AMP Browser untuk Windows


TIPS & ULASAN