Nokia 3 Telah Mula Dijual Di Malaysia – Peranti Android Pada Harga RM599

Nokia 3 Telah Mula Dijual Di Malaysia – Peranti Android Pada Harga RM599

Diterbitkan pada June 22, 2017 oleh .

Nokia telah mengumumkan pengenalan Nokia 3 untuk pasaran tempatan pada penghujung Mei lepas, dan sejak daripadanya, Nokia 3310 telah mula ditawarkan, sementara Nokia 3,5 dan 6 telah diumumkan akan ditawarkan secara berperingkat.

Kini, selang beberapa minggu, Nokia Malaysia telah pun mula menawarkan Nokia 3 untuk para pengguna tempatan.

Nokia 3 hadir dengan skrin 5-inci dengan paparan HD, dilengkapi cip MediaTek MT6737, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB yang boleh diperluaskan menggunakan kad mikro-SD. Melengkapkan peranti ini juga adalah kamera hadapan dan belakang 8-megapixel, selain bateri berkapasiti 2650mAh.

Nokia menggunakan Android 7.0 Nougat padanya, dengan antaramuka asal Android tanpa penambahan antaramuka seperti pengeluar lain.

Bagi anda yang berminat, boleh menyemak Nokia 3 ini di kedai-kedai berhampiran anda bermula hari ini. Nokia 3 dijual pada harga RM599 di Malaysia.


TIPS & ULASAN