Hitman Episode One Percuma Pada PlayStation 4, Xbox One Dan Steam

Hitman Episode One Percuma Pada PlayStation 4, Xbox One Dan Steam

Diterbitkan pada June 22, 2017 oleh .

Mahukan permainan percuma? IO Interactive mengumumkan Hitman Episode One kini boleh dimuat turun secara percuma pada PlayStation 4, Xbox One dan Steam. Episod pertama diberikan percuma bagi membolehkan pemain mencuba sebelum membeli kesemua episod dari musim pertama.

Minggu lalu IO Interactive mengumumkan mereka kini beroperasi sebagai studio bebas selepas tidak lagi bersama Square Enix. Pembelian siri Hitman akan menentukan sama ada musim kedua dan ketiga Hitman akan dihasilkan. Bagi pemilik PlayStation di Malaysia, sila gunakan akaun Amerika Utara untuk mengakses episod percuma ini.


TIPS & ULASAN