Western Digital My Passport SSD Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM579

Western Digital My Passport SSD Kini Di Malaysia Pada Harga Bermula RM579

Diterbitkan pada June 22, 2017 oleh .

Storan SSD adalah lebih pantas berbanding storan cakera keras. Sekiranya anda mementingkan kepantasan melancarkan aplikasi dan komputer, SSD akan mengubah hidup anda. Western Digital hari ini mengumumkan My Passport SSD mereka kini memasuki pasaran Malaysia. SSD mudah alih ini mempunyai kadar pemindahan data sehingga 515 MB/s.

Ia menyokong sambungan secara USB-C dan juga USB-A. Kerangka luaran My Passport SSD menahan hentakan dijatuhkan dari ketinggian 6.5 kaki atau 1500G. Harga jualan ialah RM RM2,099 untuk storan 1TB, RM1,039 untuk storan 512GB daan RM579 untuk storan 256GB. Ia kini dijual secara eksklusif menerusi Lazada sehingga 6 Julai.


TIPS & ULASAN