Perisian Tebusan WannaCry Kembali – Menyebabkan Penutupan Kilang Kereta Honda Di Jepun

Perisian Tebusan WannaCry Kembali – Menyebabkan Penutupan Kilang Kereta Honda Di Jepun

Diterbitkan pada June 22, 2017 oleh .

Sejak ia hadir beberapa bulan lalu, perisian tebusan WannaCry dapat dilihat mengganggu beberapa operasi dan syarikat-syarikat besar di sekitar dunia. Ini termasuklah beberapa hospital di UK, kilang kereta Renault dan beratus ribu mangsa di sekitar dunia.

Nampaknya WannaCry kembali menyerang sekali lagi, dan terkini, penggodam-penggodam menyerang sebuah kilang kereta Honda di daerah Sayama di Jepun. Syarikat tersebut menyedari bahawa ada diantara komputer-komputer di kilang tersebut dijangkiti oleh perisian WannaCry pada Isnin lalu, dan menutup kilang tersebut selama satu hari untuk memastikan komputer-komputer yang terkesan tidak menjangkiti komputer-komputer yang lain.

Menurut pihak Honda, mereka menyedari bahawa perisian hasad WannaCry tersebut dilihat menular di negara-negara seperti Jepun, Amerika, Eropah, China dan sebagainya, dan apabila mereka memeriksa komputer-komputer kilang mereka, mereka dapati ada beberapa komputer di kilang Sayama yang diserang oleh perisian tersebut.

Syarikat pembuat kereta Jepun tersebut juga berkata bahawa hanya komputer-komputer di kilang kereta Sayama sahaja yang terjejas, manakala kilang-kilang di kawasan lain berfungsi seperti biasa.


TIPS & ULASAN