Bot Perbualan Dikuasakan IBM Watson Kini Lebih Mudah Diprogramkan – Boleh Diintegrasikan Ke Dalam Slack Dan Telegram

Bot Perbualan Dikuasakan IBM Watson Kini Lebih Mudah Diprogramkan – Boleh Diintegrasikan Ke Dalam Slack Dan Telegram

Diterbitkan pada June 22, 2017 oleh .

Pada satu ketika dahulu, IBM Watson sebuah supercomputer yang paling berkuasa di dunia. Kini, Selang beberapa tahun. kemampuan Watson sudahpun diperbaiki, dan kini ia mampu mempelajari banyak perkara-perkara baru, dan ia kini cukup pintar untuk menewaskan manusia-manusia yang pakar di dalam permainan seperti Jeopardy dan Go, dan kini, pihak IBM ingin membawakan kuasa kepintaran tersebut kepada orang ramai melalui bot perbualan.

IBM menunjukkan kebolehan bot perbualan Watson ini melalui demo yang menggunakan  platform permesejan mudah-alih Telegram dan Slack, di mana pengguna boleh berinteraksi dengannya melalui teks dan juga suara. Selain dari itu, ia juga boleh memanggil API-API daripada aplikasi seperti Spotify untuk menggunakannya secara lebih mudah.

Melalui bot perbualan ini, Watson bukan sahaja mampu berbual dengan pengguna tentang topik-topik seperti cuaca dan pengetahuan am, tetapi juga memberi cadangan untuk anda, seperti tempat-tempat yang boleh anda pergi untuk makan tengahari, tajuk wayang yang boleh anda tonton dan sebagainya.

Teknologi perbualan ini menggunakan dua API yang berbeza yang membolehkan bot perbualan tersebut memahami konteks perkataan yang digunakan pengguna, dan juga membalas kembali dengan informasi yang tepat. API Natural Language Understanding digunakan untuk menarik keluar data daripada kata kunci dan sebagainya untuk memahami konteks perbualan daripada perguna, manakala API Watson Conversation digunakan untuk membina dialog perbualan bersama-sama pengguna.

Selain daripada bot perbualan, kecerdasan buatan IBM Watson ini juga boleh digunakan untuk membina sebuah tracker untuk mencari maklumat di platform sosial media. Sebagai contoh, sekumpulan pelajar dari Universiti Monash telah membina sebuah bot tracker untuk laman web Twitter, di mana ia akan mencari kata-kata kunci untuk sesuatu jenama.

Dari situ, ia bukan sahaja dapat mencari kicauan-kicauan yang berkenaan, ia juga mampu mengasingkan sentimen-sentimen positif dan negatif oleh pengguna mengenai jenama tersebut. Lebih menarik, bot ini juga mampu menunjukkan perbezaan sentimen diantara pesaing-pesaing yang lain, dan menunjukkan jenama yang mana mempunyai pandangan yang lebih positif.

Kebolehan bot ini menunjukkan sentimen-sentimen dan kata khas berdasarkan kedudukan geo-lokasi juga sangat mengagumkan, dan ini membolehkan jenama-jenama untuk memperbaiki perkhidmatan, dan membolehkan syarikat-syarikat tersebut untuk mereka iklan dan pemasaran yang lebih khusus untuk kawasan-kawasan tersebut.

Ini hanyalah sebahagian daripada kebolehan supercomputer IBM Watson yang menggunakan teknologi deep learning dan Natural Language Understanding. Walaupun konsep di belakangnya boleh dikatakan agak rumit, pihak IBM bekerja keras untuk membolehkan kebolehan ini digunakan oleh sesiapa sahaja, termasuklah mereka yang tidak mempunyai kebolehan mengaturcara yang tinggi.


TIPS & ULASAN