Minggu lalu video menunjukkan peranti misteri dari Vivo dengan sistem imbasan cap jari terbina pada skrin. Kewujudan peranti seakan disahkan oleh teaser yang dikongsi oleh pihak Vivo hari ini. Di dalam teaser ini, imej cap jari permukaan skrin boleh dilihat.
Peranti ini akan dilancarkan pada acara MWC Shanghai yang akan berlangsung pada 28 Jun hadapan. Dengan pelancarannya, Vivo akan menjadi pengeluar pertama yang menghasilkan peranti dengan pengimbas cap jari terbina pada skrin. Apple dan Samsung kedua-duanya cuba mengintegrasikan fungsi ini pada peranti mereka tetapi menghadapi pelbagai masalah.