The Edge Property Menerima Suntikan Dana Lebih ~RM17 Juta

Diterbitkan pada Jun 22, 2017. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

The Edge Property, salah satu laman portal hartanah tempatan yang telah dilancarkan sekitar dua tahun lepas telah menerima suntikan dana sebanyak US$4 juta (~RM17 juta) dalam usaha untuk terus memperluaskan capaian dan pegangan pasarannya.

The Edge Property yang kini beroperasi di Malaysia dan Singapura mempunyai sekitar 600,000 pengguna setiap bulan. Melalui suntikan dana baru ini, The Edge Property juga dijangka akan memperkenalkan beberapa ciri-ciri baru menarik yang tidak ditawarkan portal lain.

Suntikan dana kali ini hadir daripada beberapa pihak, termasuk pengerusi CIMB, Dato Sri Nazir Razak dan juga pengerusi UOB, Hsieh Fu Hua.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami