Cari @ Amanz

Kita kini hidup di dunia pasca PC dengan pelbagai peluang kerjaya baru yang tidak wujud sebelum ini. Antara kerjaya yang paling menjadi idaman anak muda sekarang ialah menjadi selebriti media sosial atau influencer dalam bahasa Inggeris. Jumlah pengikut di Instagram, Facebook dan Snapchat yang banyak boleh membuka peluang kepada kerjaya ini.

Yiwu Industrial & Commercial College yang terletak di China kini membuka jurusan baru yang mengajar selok belok menjadi seorang selebriti media sosial. Sebanyak 30 orang pelajar telah mendaftar untuk menghadiri jurusan ini. Antara yang bakal dipelajari ialah cara menyunting video, fotografi, mengenakan solekan dan pembawaan diri.

Berita ini mungkin kedengaran seperti berita jenaka. Tetapi hakikatnya kerjaya sebagai selebriti media sosial menawarkan pendapatan yang lumayan. Di China terdapat 700 Juta pengguna peranti pintar yang boleh dipengaruhi untuk membeli produk dari selebriti media sosial. Sekiranya jurusan ini ditawarkan di Malaysia, adakah anda berminat untuk menghadirinya?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd