Cari @ Amanz

Cip grafik PowerVR telah digunakan pada peranti Apple sejak iPhone generasi pertama. Ia dihasilkan oleh firma Imagination Technologies yang berpangkalan di United Kingdom. Sejak Apple mengumumkan mereka ingin menghasilkan cip mereka sendiri, saham Imagination Technologies mengalami penyusutan nilai mencecah 70%.

Apple mengumumkan mereka mungkin akan menghasilkan cip grafik mereka sendiri dalam masa dua tahun. Imagination Technologies hari ini mengumumkan mereka akan menerima bidaan bagi mereka yang berminat untuk membeli syarikat. Ini adalah selepas Imagination mula menerima tawaran pembelian dari beberapa pihak yang berminat.

Lebih 50% perniagaan Imagination Technologies datang dari Apple. Selain Apple, hanya MediaTek menggunakan GPU PowerVR keluaran mereka untuk Helio X30.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd