Tesla Dalam Perbincangan Untuk Hadir Dengan Perkhidmatan Penstriman Muzik Tersendiri?

Tesla Dalam Perbincangan Untuk Hadir Dengan Perkhidmatan Penstriman Muzik Tersendiri?

Diterbitkan pada June 23, 2017 oleh .

Pada hari ini, persaingan dalam arena perkhidmatan penstriman muzik adalah agak sengit, apatah lagi dengan angka pengguna Spotify dan Apple Music yang tinggi, memberikan saingan kepada pelbagai perkhidmatan lain. Terkini, hadir laporan baru daripada Recode, mengatakan Tesla turut dalam perbincangan untuk hadir dengan perkhidmatan penstriman muzik tersendiri.

Tesla dikatakan telah dalam perbincangan bersama beberapa syarikat penerbit muzik untuk melesenkan muzik mereka dan menyertakan ia bersama-sama kereta keluaran Tesla.

Ia dikatakan dengan hadir dengan perkhidmatan tersendiri, ia akan menawarkan pengalaman dalam kenderaan yang lebih baik dikalangan pengguna Tesla – berbanding hanya mengintegrasikan Spotify dan sebagainya pada Tesla.

Mungkin kita akan mendengar lebih lanjut mengenai perancangan pihak Tesla ini dalam bulan-bulan akan datang.


TIPS & ULASAN