Prototaip Awal Beyond Good And Evil 2 Dikongsi Oleh Ubisoft

Prototaip Awal Beyond Good And Evil 2 Dikongsi Oleh Ubisoft

Diterbitkan pada June 23, 2017 oleh .

Pengumuman Beyond Good And Evil 2 di E3 yang lalu mengejutkan dunia permainan video. Bagi mereka yang mungkin sudah agak berusia, permainan yang mencapai tahap kultus ini sudah dinantikan sambungannya lebih dari sedekad. Hanya trailer diperlihatkan oleh Ubisoft dan tarikh pelancarannya masih misteri.

Ubisoft akhirnya berkongsi prototaip awal permainan ini semalam. Ia menunjukkan kualiti grafik yang cuba disasarkan oleh mereka. Watak utama turut diperlihatkan bersama dengan skala dunia permainan yang amat besar. Kapal angkasa boleh diterbangkan dari permukaan bumi dan terbang ke angkasa tanpa sebarang skrin loading. Prototaip masih lagi di peringkat awal dan sekiranya permainan akhir dapat kelihatan seperti ini, kami tidak sabar lagi menantikan BG&E2.


TIPS & ULASAN