YouTube Memperkenalkan Format Baru Untuk Video Realiti-Maya – VR180

YouTube Memperkenalkan Format Baru Untuk Video Realiti-Maya – VR180

Diterbitkan pada June 23, 2017 oleh .

Google sedia menawarkan sokongan paparan video realiti-maya melalui YouTube. Walaubagaimanapun, dalam memberikan pengalaman menonton video baik, mungkin video 360-darjah adalah kurang baik kerana anda perlu pusing 360-darjah untuk melihat kandungan sepenuhnya. Untuk mengatasi perkara berkenaan, dan memberikan pengalaman yang baik kepada pengguna, hari ini gergasi internet berkenaan memperkenalkan format baru yang dinamakan VR180.

Menurut YouTube, sekitar 75% tontonan untuk video 360-darjah hanya memperlihatkan pengguna menonton bahagian hadapan sahaja, dan mengabaikan kandungan dibahagian belakang. Langkah ini turut menyumbang kepada kehadiran format baru VR180 ini.

VR180

Perkara ini bukan sahaja memudahkan penonton, tetapi juga penerbit kandungan. Kini, penerbit kandungan hanya perlu merakam apa yang berlaku dihadapan mereka sahaja, dan memudahkan lagi proses penyuntingan. YouTube turut mengumumkan yang mana mereka akan hadir dengan kamera khusus VR180 hasil kerjasama dengan pihak LG, Yi dan juga Lenovo.

YouTube turut mengatakan dengan paparan hanya 180-darjah, ia akan menawarkan kualiti video yang lebih baik berbanding video 360-darjah.


TIPS & ULASAN