Cari @ Amanz

OnePlus 5 dilancarkan minggu ini dengan sistem dwi-kamera yang memberikan  zoom 2X seperti sebuah iPhone 7. Tetapi nampaknya terdapat sedikit salah faham mengenai sistem zoom yang digunakan. Pengasas bersama OnePlus Carl Pei semalam mengesahkan OnePlus 5 tidak dilengkapi sistem zoom optikal 2X sepenuhnya.

Sebaliknya zoom sebanyak dua kali ini menggunakan sistem hibrid optikal 1.6X dan 0.4X selebihnya menggunakan sistem SmartCapture bagi menghasilkan zoom 2X nirhilang. Ini menjawab misteri mengapa kamera telefoto OnePlus 5 menggunakan sensor sebesar 20-Megapixel.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd