Cari @ Amanz

A Way Out ialah antara permainan dengan premis menarik yang diperlihatkan di E3 2017. Ia sebuah permainan yang memerlukan dua pemain bekerjasama untuk melepaskan diri dari sebuah penjara. Di dalam temuramah bersama Engadget, Josef Fares yang merupakan pembangun A Way Out mengatakan PlayStation 4 ialah seperti sebuah PC yang sudah berusia lima tahun.

A Way OutIni mengakibatkan pembangun perlu menghabiskan banyak masa untuk memastikan permainan yang dihasilkan boleh digunakan tanpa masalah pada konsol. Apa yang dikatakan beliau ini adalah benar. Konsol-konsol yang sudah agak berusia memang tidak akan mampu menyaingi PC. Kenyataan berani beliau ini pastinya dipersetujui pengguna PC. Bagi pengguna konsol ia kebenaran pahit yang perlu ditelan. A Way Out akan hadir pada PlayStation 4, Xbox One dan PC pada awal 2018.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd