Cari @ Amanz

Pada cara VidCon hari ini, YouTube telah berkongsi beberapa perkara menarik untuk platform mereka, termasuk memperkenalkan format video realiti-maya baru dinamakan VR180. Selain daripada itu, YouTube juga turut mengumumkan pengenalan sokongan untuk paparan video menegak secara menyeluruh pada aplikasi mudah-alih melalui kemaskini akan datang.

Apabila pengguna menonton video menegak selepas ini, anda akan dapat melihatnya secara menyeluruh, dan bukannya dipenuhi dengan latar bingkai berwarna hitam seperti sebelum ini. Langkah ini juga mungkin diambil YouTube dengan populariti rakaman secara menegak oleh ramai pengguna, termasuk untuk tujuan Instagram Stories, Snapchat, dan sebagainya.

YouTube Tegak

Selain sokongan video secara menegak, YouTube juga kini akan mengoptimasikan paparan mengikut format video yang dipaparkan – termasuk menyokong video dengan nisbah 1:1, 4:3, atau 16:9.

Pembaharuan ini masih terhad untuk aplikasi mudah-alih sahaja buat masa ini, dan tidak diketahui lagi sama ada akan dilanjutkan ke versi web atau tidak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd