Cari @ Amanz

Maybank dan Alibaba telah mengumumkan kerjasama sebelum ini untuk Alipay, yang mana akan membolehkan pengguna Alipay dan pelancong dari China untuk membuat pembayaran dengan mudah di kedai-kedai runcit seluruh negara.

Lanjutan daripada pengumuman berkenaan, hari ini Maybank mengumumkan penawaran terminal untuk penerimaan bayaran Alipay oleh kedai runcit.

Maybank Alipay

Pengenalan ini dilihat lebih menyasarkan kepada memudahkan penerimaan bayaran daripada pelancong dan pengunjung dari China. Melalui terminal ini, proses penerimaan bayaran akan menjadi lebih mudah, dimana ia menggunakan transaksi berasaskan kepada kod QR.

Selain daripada Maybank, pihak CIMB juga bakal menawarkan terminal mereka untuk tujuan yang lebih kurang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd