Cari @ Amanz

Kerangka logam dan pengimbas cap jari pernah suatu ketika dahulu hanya ditemui pada peranti utama. Kini ia sudah menjadi fungsi standard pada peranti kelas pertengahan. Dwi kamera ialah sebuah lagi fungsi yang dahulunya hanya wujud pada peranti utama tetapi mula ditemui pada peranti kelas permulaan.

ZTE Small Fresh 5 dilancarkan di China semalam dan ia dilengkapi dwi-kamera 13+ 2 Megapixel dan diperkasakan pemproses Snapdragon 425. Spesifikasi lain ialah memori 3/4 GB RAM, storan 16/32 GB. kamera hadapan 5-Megapixel dan bateri sebesar 2500 mAh. Peranti ini menggunakan Android 7.1 dengan pelancar MiFavor. Harga jualan ZTE Small Fresh 5 bermula dari  RMB 999 (~RM 628).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd