Cari @ Amanz

Semalam kita telah melihat beberapa penjual tempatan mula menawarkan pra-tempahan untuk set tidak rasmi OnePlus 5. Kini, bergerak pantas, pihak Brightstar Malaysia yang juga merupakan pengedar rasmi OnePlus untuk pasaran tempatan turut telah mengumumkan harga jualan rasmi untuk OnePlus 5.

Menurut Brightstar, dua variasi akan ditawarkan untuk pasaran tempatan, iaitu:

  • 6GB RAM dengan 64GB storan pada harga RM2388
  • 8GB RAM dengan 128GB storan pada harga RM2688

OnePlus 5

Tarikh jualan rasmi masih tidak diumumkan, tetapi Brightstar Malaysia mengatakan ia akan hadir tidak lama lagi.

OnePlus 5 merupakan peranti terbaru daripada OnePlus yang menyertakan sejumlah spesifikasi tinggi – termasuk penggunaan cip Snapdragon 835. Melengkapkan telefon pintar ini adalah penggunaan dwi-kamera belakang dengan sokongan rakaman gambar potrait dan juga kebolehan zoom gambar nirhilang sehingga 2x, termasuk menyertakan bicu audio.

Dengan pengumuman rasmi pihak Brightstar ini, mungkin anda boleh nantikan set rasmi ini hadir sebelum membuat pembelian OnePlus 5.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd