Cari @ Amanz

Dengan suku ketiga menjelang tiba, pelbagai fokus diberikan terhadap pengenalan telefon pintar terbaru daripada Samsung dibawah siri keluarga Galaxy Note, iaitu Galaxy Note 8. Dengan masalah yang melanda Galaxy Note 7 pada tahun lepas, semestinya Samsung memberikan perhatian tinggi terhadap telefon pintar terbaru mereka untuk tahun ini.

Hadir daripada @evleaks pada VentureBeat, Galaxy Note 8 akan hadir dengan skrin 6.3-inci berasaskan AMOLED dengan rekaan seumpama Galaxy S8 – iaitu skrin dengan paparan “infiniti”.

Galaxy Note 8 juga dijangka akan menjadi telefon pintar pertama Samsung yang menggunakan dwi-kamera pada bahagian belakang, serta dilengkapi sokongan S-Pen. Walaubagaimanapun, ia turut dikatakan Samsung akan menyertakan pengimbas cap jari bersebelahan dengan kamera, lebih kurang seperti Galaxy S8 sebelum ini.

Melengkapkan telefon pintar ini juga adalah cip pemprosesan Exynos 8895 atau Snapdragon 835, dan dijangka hadir dengan memori sehingga 6GB RAM. Samsung Galaxy Note 8 dijangka akan menggunakan bateri 3300mAh padanya.

Walaubagaimanapun, menurut laporan baru ini, ia dikatakan Samsung akan melancarkan telefon pintar ini pada September kelak – dan bukannya pada penghujung Ogos seperti desas-desus sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd