Cari @ Amanz

Pada perkhidmatan GMail hari ini, Google melakukan imbasan pada emel yang diterima oleh seseorang dalam memperlihatkan iklan yang sesuai dengan mereka. Perkara ini semestinya tidak digemari ramai, dan bergerak kehadapan, Google mengatakan mereka akan berhenti melakukannya dalam beberapa bulan lagi.

Walaubagaimanapun, GMail akan terus memaparkan iklan seperti biasa. Google akan menggunakan data-data lain dalam memperlihatkan iklan di GMail seseorang pengguna. Memandangkan kita sedia menggunakan sejumlah perkhidmatan Google, maka ia mudah untuk Google menyasarkan iklan yang sesuai dengan seseorang berbanding perlu mengimbas emel mereka.

Langkah ini semestinya akan digemari lebih 1.2 bilion pengguna yang menggunakan perkhidmatan emel daripada Google ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd