Cari @ Amanz

Xiaomi Mi Max dilancarkan pada bulan Mei tahun lalu. Phablet dengan skrin sebesar 6.44″ ini menerima sambutan menggalakkan dengan 3 Juta unit telah terjual setakat ini. Bagi pemilik, sedikit berita baik bagi anda kerana kemaskini ke Android Nougat sudah dimulakan oleh Xiaomi.

Pengguna Mi Max dengan RAM 3GB di Greece yang pertama menerima kemas ini bersama dengan ROM MIUI 8.5.1.0 Global. Kemaskini keselamatan untuk bulan Mei juga turut disertakan sekali. Bagi pengguna di Malaysia penantian untuk kemaskini ke Nougat akan berakhir.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd