Penghantaran barangan menggunakan dron sudah menjadi realiti di beberapa negara. Sungguhpun begitu masa penghantaran masih lagi perlahan kerana jumlah dron yang terhad. Untuk mempercepatkan proses penghantaran, armada dron yang besar diperlukan. Amazon telah mempatenkan menara dron penghantar barangan setinggi sembilan tingkat untuk tujuan ini.
Pada bahagian bawah lori akan menghantar stok barangan ke dalam menara yang turut berfungsi sebagai gudang. Dron yang disimpan di dalam menara akan kemudian menghantar barangan ke destinasi akhir. Terdapat beberapa rekaan dipatenkan seperti sarang lebah dan menara berbentuk silinder. Ini bukanlah satu-satunya paten dron yang difailkan oleh Amazon. Mereka pernah mempatenkan distem kapal udara induk dron yang berlegar di udara.