Cari @ Amanz

Masa untuk memasang baju Ghillie dan merangkak di Chernobyl. Bagi mereka yang menantikan Call of Duty Modern Warfare Remastered yang dijual secara berasingan, ia akan dijual bermula 27 Jun hadapan. Activision akhirnya mengesahkan penjualan secara berasingan ini selepas kotak permainan tetiris awal minggu ini.

Buat masa ini pemilik PlayStation 4 akan menerimanya terlebih dahulu dengan perancangan untuk melancarkannya pada platform lain. Activsion walaubagaimanapun tidak mendedahkan tarikh ini akan dilakukan. Harga jualan untuk COD MW Remastered ialah $40 sebuah. Kami akan Oscar Mike ke kedai permainan video berhampiran pada hari tersebut. Anda pula bagaimana?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd