Cari @ Amanz

Instagram pada hari ini telah menjadi salah satu platform perkongsian gambar, membolehkan pengguna berkongsi gambar dan dilihat oleh rakan-rakan yang mengikuti mereka. Walaubagaimanapun, mungkin terdapat sejumlah gambar yang mungkin anda ingin berkongsi dengan keluarga terdekat sahaja dan tidak boleh dilihat oleh pengguna lain.

Instagram Favourites

Menurut TheVerge, Instagram kini menguji ciri ini melalui apa yang dipanggil sebagai Favorites. Melaluinya, pengguna boleh menetapkan siapakah yang tersenarai dibawah Favorites, dan gambar yang dilabelkan dibawah ini hanya akan dapat dilihat oleh mereka yang dilabelkan dibawah nama ini sahaja.

Untuk makluman, pihak Facebook sendiri sedia mempunyai ciri perkongsian terhad pada laman sosial mereka, membolehkan pengguna menetapkan dengan siapa mereka berkongsi perkongsian mereka. Maka tidak menghairankan ciri sama kini turut hadir ke Instagram.

Buat masa ini, Instagram menguji ciri ini dikalangan pengguna terhad sahaja. Tidak mustahil kita melihat perkara ini diperkenalkan secara meluas – apatah lagi ini merupakan salah satu fungsi yang dinantikan ramai pengguna seluruh dunia dalam arena sosial.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd