(Ura-Ura) Spesifikasi Untuk Pixel 2 Tertiris Ke Arena Web

(Ura-Ura) Spesifikasi Untuk Pixel 2 Tertiris Ke Arena Web

Diterbitkan pada June 25, 2017 oleh .

Google pada tahun lepas telah memperkenalkan telefon pintar berjenama mereka tersendiri, dinamakan Pixel. Selang setahun, kini dengan Android O yang bakal hadir dalam beberapa bulan lagi, ramai juga yang menantikan apakah pembaharuan yang bakal dibawakan oleh Pixel 2 kelak.

Kini, melalui XDA-Developers, melaporkan yang mana mereka telah menerima informasi berkenaan spesifikasi untuk dua peranti Pixel 2 daripada sumber-sumber terdekat. Dua peranti yang bakal diperkenalkan masing-masing dikenali dengan nama kod Taimen dan juga Walleye.

Pixel 2 bersaiz kompak dinamakan sebagai Walleye, dimana ia hadir dengan skrin bersaiz 4.97-inci dengan resolusi 1080p, dijangka dilengkapi cip Snapdragon 835, memori 4GB RAM, dan ruangan storan 64GB. Peranti ini turut dijangka menyertakan sokongan speaker berasaskan stereo padanya.

Pixel 2 bersaiz besar pula dikenali dengan nama kod Taimen, dimana ia hadir dengan skrin bersaiz 5.99-inci dengan paparan 1440p, cip Snapdragon 835, memori 4GB RAM, dan dengan ruangan storan 128GB. Peranti bersaiz besar ini dijangka akan menggunakan bingkai bersaiz nipis, selain mungkin hadir bicu audio – sesuatu yang mungkin tiada pada Walleye.

Spesifikasi ini dikatakan mungkin adalah spesifikasi akhir untuk Pixel 2, dan dijangka diperkenalkan sekitar bulan September atau Oktober kelak.


TIPS & ULASAN