Cari @ Amanz

Selamat Hari Raya Aidilfitri dan sudah berapa banyak juadah raya sudah berjaya dihadam pagi ini? Bagi pemilik PlayStation 4, hari mulia ini boleh diceriakan lagi dengan tema khas dari Sony untuk PlayStation 4. Tema khas sempena Hari Raya Aidilfitri ini boleh dimuat-turun secara percuma sekiranya anda berminat.

Berita buruk ialah tema ini hanya boleh dimuat-turun secara eksklusif oleh pelanggan PlayStation Plus. Sekiranya anda bercadang untuk duduk di rumah sepanjang hari dan menghabiskan masa bermain PlayStation 4, ini mungkin ialah tema paling sesuai untuk anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd