Cari @ Amanz

Apple Store pertama di Asia Tenggara akhirnya dibuka di Orchard Road bulan lalu. Ia mempunyai keunikan di mana keperluan elektrik dihasilkan sepenuhnya menggunakan sumber lestari mesra alam. Di Chicago sebuah Apple Store baru sedang dalam pembinaan dan keunikannya terletak pada rekaan bumbung yang kelihatan seperti sebuah komputer riba MacBook.

Bangunan ini direka oleh firma Fosters + Partners dan mempunyai bumbung berwarna kelabu dengan logo Apple berwarna putih. Ia hanya berdindingkan kaca dan kos pembinaan dikatakan sekitar $27 Juta (~RM 116 Juta). Bagi yang ingin melawat, ia dijangka dibuka sekitar bulan Oktober tahun ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd