Alasan yang kerap kami dengari mengapa individu memilih menggunakan Mac ialah ia lebih selamat berbanding Windows. Jumlah virus dan perisian hasad adalah lebih kecil. Tetapi dengan kepopularan Mac OS sejak kebelakangan ini, jumlah perisian hasad juga didapati semakin meningkat menurut McAfee. Pada suku pertama 2017, sebanyak 700000 perisian hasad berjaya dikesan.
Ini adalah peningkatan sebanyak 53% berbanding suku ke-empat 2016. Majoriti perisian hasad yang dikesan adalah dalam bentuk perisian iklan. Pengguna Mac masih boleh menghela nafas lega kerana jumlah perisian hasad pada Windows masih jauh di hadapan dengan jumlah mencecah hampir 700 Juta.