LG sering memperkenalkan dua peranti utama pada setiap tahun, iaitu dibawah siri-G, dan juga siri-V. Siri-G sering diperkenalkan sekitar bulan Februari atau Mac, sementara siri-V pula hadir sekitar bulan September.
Dengan bulan September menjelang tiba, desas-desus baru berkenaan dengan LG V30 yang dijangka diperkenalkan mula kedengaran sedikit demi sedikit.
Terkini, menurut @OnLeaks, LG V30 dijangka menyertakan sokongan pengecasan tanpa-wayar bersama-sama dengannya. Sekiranya ini benar, maka ia berkemungkinan akan menggunakan rekaan kerangka belakang berasaskan kepada kaca – berbanding kebiasaan yang menggunakan logam.
Disamping itu, LG V30 juga dijangka akan menggunakan dwi-kamera belakang bersama dengannya, dan mungkin hadir dengan spesifikasi tinggi seperti penggunaan cip Snapdragon 835 dan memori sehingga 6GB RAM.
Seperti biasa, dengan bulan September menjelang tiba, mungkin kita akan mendengar lanjut mengenai pelbagai ciri baru yang bakal hadir pada telefon pintar LG V30 ini.
According to my sources, #LGV30 will support wireless charging and thus, very likely have glass back. Still have dual rear cam and rear FPS.
— Steve H.McFly (@OnLeaks) June 23, 2017