Ramai Rakyat Malaysia Bergantung Kepada WhatsApp Sebagai Sumber Berita

Ramai Rakyat Malaysia Bergantung Kepada WhatsApp Sebagai Sumber Berita

Diterbitkan pada June 26, 2017 oleh .

WhatsApp mungkin dikenali ramai sebagai salah satu aplikasi permesejan, panggilan suara dan video untuk berkomunikasi bersama rakan-rakan mahupun ahli keluarga lain. Walaubagaimanapun, kini melalui kajian yang dilakukan Reuters Institute for the Study of Journalism, ia didapati ramai yang menggunakan WhatsApp untuk lebih daripada itu.

Daripada kajian yang dilakukan mereka, ia didapati lebih 50% pengguna tempatan dengan akses internet yang bergantung kepada Facebook dan WhatsApp sebagai sumber berita.

WhatsApp Berita

Beberapa perkara menyumbang kepada perkara ini, termasuk penawaran data percuma untuk WhatsApp yang memudahkan perkongsian pelbagai perkara – selain memberikan kekangan terhadap pengguna yang tidak mempunyai akses internet untuk menyemak laman-laman berita lain. Disamping itu, ia dikatakan sokongan penyulitan yang hadir terbina pada WhatsApp memudahkan lagi proses perkongsian bersama rakan-rakan lain. Perkara lain yang turut menyumbang kepada perkara ini adalah kepercayaan pengguna terhadap sumber berita utama seperti televisyen dan media cetak adalah sangat kurang berbanding medium lain.

WhatsApp Berita

Walaubagaimanapun, perkara ini juga membimbangkan kerana penyebaran berita-berita yang tidak sahih melalui platform yang sama. Pihak SKMM sendiri baru-baru ini telah mengeluarkan panduan untuk mengatasi penyebaran berita tidak sahih, selain melancarkan portal Sebenarnya.my.

Untuk WhatsApp pula, desas-desus mengatakan mereka bakal memperkenalkan sebuah ciri khusus menyasarkan jenama dan organisasi untuk hadir dengan akaun tersendiri yang boleh diuruskan oleh lebih daripada seorang pentadbir – lebih kurang seperti Facebook Pages.

Bagi anda sendiri, adakah anda bergantung kepada WhatsApp untuk berita-berita terkini setiap hari?

Baca : Laporan Penuh Reuters Institute for the Study of Journalism


TIPS & ULASAN