Cari @ Amanz

WhatsApp pada hari ini sedia menawarkan kemudahan untuk berkongsi fail berformat dokumen PDF, DOC, dan sebagainya, selain gambar dan lain-lain. Bergerak kehadapan, kini WhatsApp dalam proses memperkenalkan sokongan untuk berkongsi sebarang jenis format fail melalui aplikasi permesejan mereka.

Dengan pengenalan ciri ini, ia akan memudahkan lagi pengguna berkongsi sebarang jenis fail melalui aplikasi permesejan berkenaan – termasuk kebolehan untuk berkongsi gambar pada resolusi penuh tanpa melalui pemampatan.

WhatsApp dijangka akan mengehadkan perkongsian setiap fail kepada sekitar 100MB sahaja untuk peringkat permulaan ini.

Ciri ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan melalui ujian kami, ia dilihat masih belum aktif untuk pengguna tempatan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd