Honor 8 Pro Disenaraikan Pada Harga RM2099?

Honor 8 Pro Disenaraikan Pada Harga RM2099?

Diterbitkan pada June 26, 2017 oleh .

Honor Malaysia sedia mengumumkan sebelum ini yang mana mereka akan menawarkan Honor 8 Pro untuk pasaran tempatan bermula daripada bulan Julai kelak. Harga jualannya masih tidak diumumkan lagi buat masa ini, tetapi kini melalui Mdroid, ia dilihat Honor Concept Store IOI City Mall telah mula mengambil pra-tempahan pada harga RM2099.

Honor 8 Pro merupakan peranti berspesifikasi tinggi dibawah jenama Honor, menyertakan skrin bersaiz 5.7-inci dengan resolusi QHD, cip pemprosesan Kirin 960, memori 6GB RAM dan ruangan storan 64GB. Ia turut dilengkapi dengan dwi-kamera belakang gabungan lensa 12-megapixel, serta kamera hadapan 8-megapixel. Telefon pintar ini turut menyertakan bateri sebesar 4000mAh.

Honor Malaysia dijangka membuat pengumuman harga rasmi tidak lama lagi. Tetapi, sekiranya benar ia adalah berharga RM2099, adakah anda akan mendapatkannya?


TIPS & ULASAN