Cari @ Amanz

Samsung sedia menawarkan beberapa peranti boleh-pakai mereka dibawah keluarga Gear. Terkini, menurut laporan Korea Herald yang memetik data daripada Strategy Analytics, ia dilaporkan yang mana Samsung kini menduduki tangga kedua dalam arena peranti boleh-pakai, mengatasi Fitbit.

Samsung kini dikatakan mempunyai pegangan pasaran sekitar 12.8% untuk tempoh Januari hingga Mac 2017, berbanding Fitbit 12.2%. Menduduki tangga pertama adalah Apple dengan pegangan sekitar 53%.

Fitbit sendiri boleh dikatakan agak senyap akhir-akhir ini, dan tiada sebarang produk baru yang mencuri perhatian untuk tempoh penghujung tahun lepas, membuatkan pegangan pasaran mereka berkurangan.

Sementara Samsung pula sedia hadir dengan Gear S3 yang menawarkan rekaan muka jam bulat dan hadir dengan ciri-ciri seperti integrasi GPS dan kemampuan menggunakan bersama eSIM.

Fitbit dikatakan bakal hadir dengan sebuah jam tangan pintar baru pada tahun ini, termasuk pembaharuan pada sistem operasi – serta pengenalan kedai aplikasi khusus untuk platform mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd