Facebook Turut Ingin Menjadi Destinasi Untuk Kandungan Video Dan Siri-TV

Facebook Turut Ingin Menjadi Destinasi Untuk Kandungan Video Dan Siri-TV

Diterbitkan pada June 26, 2017 oleh .

YouTube sedia mempunyai penawaran kandungan eksklusif khusus untuk pelanggan berbayar melalui YouTube Red. Facebook turut telah diperkatakan mungkin hadir dengan kandungan eksklusif khusus untuk platform mereka beberapa kali sebelum ini.

Kini, WSJ berkongsi laporan lanjut, mengatakan Facebook mungkin memperkenalkan sejumlah siri kandungan eksklusif khusus untuk platform berkenaan dalam beberapa bulan lagi. Facebook dikatakan sedang dalam perbincangan bersama sejumlah penerbit kandungan untuk hadir dengan kandungan eksklusif untuk platform mereka, seumpama kandungan untuk televisyen.

Ini bermakna, pengguna akan dapat mengakses kandungan selama 30 minit setiap episod yang mana akan turut menyertakan iklan.

Sebelum ini sendiri Facebook telah beberapa kali mencuba untuk menarik pengiklan daripada kaca televisyen ke platform mereka – apatah lagi memandangkan jumlah bajet untuk pengiklanan televisyen adalah yang tertinggi berbanding platform digital dan lain-lain.

Apa pun, ia masih menjadi persoalan sama ada Facebook akan menawarkan kandungan video mereka ini untuk pengguna seluruh dunia, atau hanya akan eksklusif untuk pasaran Amerika Syarikat sahaja untuk peringkat permulaan.


TIPS & ULASAN