Nintendo Akan Menawarkan SNES Classic Bersaiz Mini Pada September Ini

Nintendo Akan Menawarkan SNES Classic Bersaiz Mini Pada September Ini

Diterbitkan pada June 27, 2017 oleh .

Nintendo pada tahun lepas telah menawarkan konsol klasik bersaiz mini mereka, dan ia sekali lagi diteruskan pada tahun ini. Mengumumkannya hari ini, Nintendo mengatakan mereka akan menawarkan Super NES Classic bersaiz kompak pada bulan September ini.

Konsol klasik ini akan hadir dengan lebih kurang 21 permainan video secara terbina, termasuk Super Mario Card, Super Metroid, Donkey Kong Country, Contra III : The Alien Wars, dan banyak lagi.

Seperti konsol asal, ia akan menawarkan permainan retro melaluinya, tetapi menyokong televisyen berdefinisi tinggi melalui sambungan HDMI.

Nintendo akan menawarkan ia di Amerika Syarikat bermula bulan September ini pada harga $80 (~RM343). Sama-sama kita berharap agar ada yang membawa masuk ia ke pasaran tempatan pada harga yang tidak jauh beza.


TIPS & ULASAN