Panggilan Video Pada Facebook Messenger Kini Hadir Bersama Topeng Maya Dan Kesan Penuras

Panggilan Video Pada Facebook Messenger Kini Hadir Bersama Topeng Maya Dan Kesan Penuras

Diterbitkan pada June 27, 2017 oleh .

Facebook sedia menawarkan ciri panggilan video melalui Messenger, tetapi boleh dikatakan ia agak kurang popular dan jarang digunakan. Kini, dalam usaha memperluaskan penggunaannya, Facebook menjadikan Messenger lebih meriah dan menarik lagi melalui pengenalan beberapa ciri-ciri baru.

Diumumkan hari ini, kini Facebook menawarkan ciri seperti menambah “topeng-maya”, atau kesan penuras pada panggilan video ketika panggilan video berkumpulan atau perseorangan – sekaligus menjadikan panggilan video anda lebih peribadi dan tidak terlalu “formal” seperti kebiasaan.

Facebook Messenger

Disamping itu, ketika membuat panggilan video juga, anda turut boleh menambah emoji reaksi dalam memaparkan emosi dengan animasi tambahan.

Facebook Messenger

Ciri baru ini sedang diperkenalkan secara berperingkat kepada pengguna, dan anda akan dapat melihatnya pada Facebook Messenger anda tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN