Cari @ Amanz

Dengan populariti peranti berasaskan platform BlackBerry dan Windows Phone yang semakin merudum, ia juga turut membuatkan para pembangun aplikasi mengurangkan atau menamatkan sokongan untuknya. Terkni, hari ini pihak Evernote mengumumkan yang mana mereka akan menamatkan sokongan untuk platform Blackberry dan Windows Phone bermula 29 Jun 2017 kelak.

Bagi pengguna sedia ada, anda masih boleh kekal menggunakannya, tetapi ia mungkin akan berhenti berfungsi seperti tidak lagi sync ke web dan sebagainya. Evernote mengatakan mereka akan meneruskan sokongan untuk versi web, Android, Windows, Mac dan juga iOS seperti biasa.

Bagi anda yang tidak mengenali akan Evernote, ia merupakan salah satu aplikasi yang memudahkan catitan nota, dan membolehkan pengguna menyeragamkan ia terus ke pelbagai platform termasuk ke komputer. Ia merupakan antara aplikasi catitan nota yang terawal, jauh sebelum Google Keep dan lain-lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd