Cari @ Amanz

Apple telah mengumumkan iOS 11 pada awal bulan Jun ini, dan sejak daripada itu, mereka telah menawarkannya kepada para pembangun untuk mengujinya. Kini, bermula hari ini, versi pembangunan sistem operasi mudah-alih terbaru berkenaan juga boleh dicuba oleh semua pengguna dengan peranti iOS tanpa memerlukan akaun pembangun.

Apa pun, seperti biasa, hendaklah diketahui yang mana ini adalah versi beta, maka mungkin terdapat sejumlah pepijat yang masih belum dikenal-pasti. Pengguna dinasihatkan mencubanya pada peranti kedua atau simpanan sahaja untuk mengelakkan sebarang perkara yang tidak diingini.

iOS 11 menyertakan sejumlah ciri-ciri baru bersama-sama dengannya, termasuk kemaskini pada antaramuka Control Center dan skrin kunci utama, penambah-baikkan Siri, fungsi baru pada aplikasi Photos – selain pelbagai ciri-ciri menarik untuk pengguna iPad.

Bagi anda yang berminat, boleh mencuba iOS 11 Beta ini hari ini pada iPhone, iPad dan juga iPod Touch yang menyokongnya. Versi stabil akhir dijangka hadir dalam beberapa bulan lagi.

Apple iOS 11

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd