Kemas Kini Twittter Untuk Android Mengaktifkan Mod Malam Secara Automatik

Kemas Kini Twittter Untuk Android Mengaktifkan Mod Malam Secara Automatik

Diterbitkan pada June 27, 2017 oleh .

Cahaya terang pada peranti yang digunakan pada waktu malam telah dibuktikan mengganggu waktu tidur pengguna. Oleh sebab itu penapis sinar biru kini menjadi fungsi standard pada peranti pintar moden. Pada aplikasi Twitter, mod malam telah diperkenalkan sejak 2016.

Menerusi kemaskini 7.2 untuk Android yang kini boleh dimuat turun, mod malam ini boleh diaktifkan secara automatik. Aplikasi akan berubah ke mod malam apabila tiba waktu mata hari terbenam. Ini boleh diaktifkan pada tetapan Display and Sound. Bagi yang masih ingin mengaktifkannya secara manual, fungsi ini masih lagi dikekalkan.


TIPS & ULASAN