Google Talk Ditamatkan Dan Digantikan Sepenuhnya Kepada Hangouts Bermula Hari Ini

Google Talk Ditamatkan Dan Digantikan Sepenuhnya Kepada Hangouts Bermula Hari Ini

Diterbitkan pada June 27, 2017 oleh .

Google sebelum ini telah sedia mengatakan yang mana mereka akan mengubah dan memindahkan Google Talk menjadi Hangouts. Hari ini, peralihan berkenaan dilakukan sepenuhnya, dan kini semua pengguna Google akan menggunakan Hangouts untuk berkomunikasi.

Google Talk

Google Talk sebelum ini telah diperkenalkan pada 2005 yang lepas sebagai solusi mudah untuk pengguna berkomunikasi antara pengguna GMail. Ia hadir diintegrasikan pada bahagian tepi GMail sehingga kini – tetapi telah mula ditawarkan sebagai pemindahan kepada Hangouts sejak 2013 yang lepas.

Hangouts menawarkan beberapa ciri-ciri tambahan seperti sokongan panggilan video berkumpulan, dan integrasi bersama produk Google yang lain. Bagi anda yang menggunakan GMail dan belum berpindah ke Hangouts, mungkin akan melihat sedikit perbezaan pada hari ini.


TIPS & ULASAN